Ali teringat kejadian yang telah menolongnya menjadi guru matematiks apabila sedang menyemak kertas peperiksaan matematiks muridnya yang mengalami perkara yang sama dengannya. Dahulu, Ali selalu gagal dalam matematiks. Kini, setelah dua puluh tahun, dia sudah menjadi seorang yang pintar dalam mata pelajaran matematiks.
Masih jelas di ingatan, peristiwa lampau pada hari Ali mendapat kertas keputusan ujian matematiknya, dia gagal lagi. Ali berasa amat kecewa dan memberitahu kawan baiknya, Ahmad yang dia pasti akan gagal lagi untuk peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula satu minggu kemudian. Dengan mendengari itu, Ahmad memujuk dan menasihati Ali bahawa Ali pasti akan lulus peperiksaan jika dia berlatih matematiks setiap hari. Ahmad percaya bahawa Ali akan berjaya sepertinya jika Ali mengambil nasihatnya.

Hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun, Ali yakin yang dia akan lulus kerana telah berlatih bersungguh-sungguh setiap hari. Ibu bapanya berdoa agar anak mereka lulus peperiksaan matematiksnya.
Sekarang, Ali mendapati mata pelajaran matematiks sungguh mudah bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".
No comments:
Post a Comment