Monday 27 January 2014

Soalan-soalan Artikel Memburu Kejayaan


Apa - Apakah sebab Cik Rahmah bermula di McDonald's? Berikan dua sebab.

Siapa - Siapakah yang buat Cik Rahmah tertarik untuk bekerja di McDonald's? Terangkan.

Bila -Bilakah Cik Rahmah dinaikkan pangkat menjadi knosultan perniagaan?

Di mana -  Bilakah Cik Rahmah pergi selepas disaran oleh syarikatnya untuk kembali belajar?

Bagaimana - Pada pendapat kamu, bagaimanakah Cik Rahmah boleh dinaikkan pangkat walaupun beliau tidak pernah fikirkan tentang kerjayanya? Berikan dua bukti.

Mengapa - "Tempoh bon saya hanya setahun dan saya sudah selesai jalani tempoh bon. Walaupun kini tidak terikat lagi dengan bon, saya tidak terfikir saya akan tinggalkan syarikat ini." Pada pendapat kamu, mengapakah beliau berkata tersebut.

Friday 24 February 2012

Cerita peribahasa saya(alah bisa tegal biasa)


    Ali teringat kejadian yang telah menolongnya menjadi guru matematiks apabila sedang menyemak kertas peperiksaan matematiks muridnya yang mengalami perkara yang sama dengannya.  Dahulu,  Ali selalu gagal dalam matematiks.  Kini, setelah dua puluh tahun, dia sudah menjadi seorang yang pintar dalam mata pelajaran matematiks.

    Masih jelas di ingatan, peristiwa lampau pada hari Ali mendapat kertas keputusan ujian matematiknya,  dia gagal lagi.  Ali berasa amat kecewa dan memberitahu kawan baiknya,  Ahmad yang dia pasti akan gagal lagi untuk peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula satu minggu kemudian.  Dengan mendengari itu,  Ahmad memujuk dan menasihati Ali bahawa Ali  pasti akan lulus peperiksaan jika dia berlatih matematiks setiap hari.  Ahmad percaya bahawa Ali akan berjaya sepertinya jika Ali mengambil nasihatnya. 

    Pada mulanya,  Ali berasa susah untuk berlatih tetapi lama kelamaan,  dia berubah sedikit demi sedikit.  Ali banyak berlatih mata pelajaran matematiks.  Ali berhenti menonton televisyen dan mengurangkan masa  bermain.  Ali tahu yang dia mesti mengurangkan masa bermain walaupun dia lebih suka bermain daripada membuat soalan matematiks.  Ibu dan ayahnya gembira apabila melihat kelakuan anak mereka berubah dari seorang yang malas menjadi seorang pelajar yang rajin.

    Hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun,  Ali yakin yang dia akan lulus kerana telah berlatih bersungguh-sungguh setiap hari.  Ibu bapanya berdoa agar anak mereka lulus peperiksaan matematiksnya.

    Pada  hari Ali mendapat keputusan matematiksnya,  dia terperanjat.  Dia lulus matematiks.  Dia juga mendapat markah yang penuh!  Ali menangis kegembiraan kerana mendapat markah penuh dan dia berpuas hati dengan  usahanya.  Ibu bapanya pun bersyukur kerana Ali berjaya.

    Sekarang, Ali mendapati mata pelajaran matematiks sungguh mudah bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".